Kes Positif Baharu Terus Melebihi 1000 Angka Sehari

kes positif baharu terus melebihi 1000 angka sehari

Kes positif COVID-19 nampaknya terus berada pada angka 1000 lebih. Sehingga hari semalam, 29 November, sebanyak 1,309 kes positif baharu lagi dilaporkan. Secara kumulatifnya, ke positif di Malaysia adalah sebanyak 64,485 kes.

Tapi, Alhamdulillah sebab kes sembuh juga meningkat dan melebihi kes positif. Sehingga hari semalam lagi 1,333 kes berjaya diselesaikan oleh pihak KKM. Secara keseluruhannya, sebanyak 52,647 kes sembuh telah berjaya diselesaikan oleh pihak KKM. Terima kasih kepada seluruh petugas KKM.

Semalam juga mencatatkan 3 lagi kematian. Oleh itu, Malaysia telah mencatatkan 357 kes melibatkan kematian semenjak wabak ini mula tular.

 

Sumber: Instagram KKM