Kes COVID-19 Terus Meningkat, 1,012 Kes Positif Baharu Dicatatkan

kes covid-19 terus meningkat, 1,012 kes positif baharu dicatatkan

Angka kes positif COVID-19 terus meningkat dan sehingga 8 Disember, terdapat penambahan sebanyak 1,012 kes positif.

Negeri Selangor mencatatkan penambahan tertinggi iaitu sebanyak 417 kes diikuti Sabah dengan 271 kes. Secara kumulatifnya, sudah terdapat 75, 306 kes positif dicatatkan di negara kita.

Bagaimanapun, kes sembuh telah mengatasi kes positif apabila lagi 1,750 kes telah berjaya diselesaikan. Terima kasih kepada seluruh petugas KKM.

Angka kematian juga meningkat apabila terdapat empat kematian setakat hari semalam. Secara keseluruhannya, jumlah kes kematian adalah sebanyak 388 kes.

Diharapkan kita semua dapat memberi kerjasama kepada petugas KKM yang terus berkerja keras mengawal kesihatan dan keselamatan kita.

Sumber: KKM