Kes COVID-19 Harian Menurun Sedikit Namun Masih Melebihi 2,000 Kes

kkm melaporkan kes harian tertinggi dengan 2,593 kes

Biarpun sedikit, namun laporan kes positif harian menunjukkan penurunan. Angka kematian yang dilaporkan juga turut menurun kepada lima kes sahaja.

Untuk hari semalam, KKM telah melaporkan 2,451 kes positif baharu di negara kita. Daripada jumlah itu, 2,446 daripadanya merupakan kes tempatan dan lima kes import. Secara keseluruhannya, angka kes positif COVID-19 mencecah 133,559 kes di Malaysia.

Jumlah kes akif pula meningkat sedikit berbanding semalam dengan 26,185 kes. Daripada jumlah tersebut, 177 kes daripanya ditempatkan di ICU dan 82 diberi bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian turut menurun apabila lima kematian baharu dicatatkan. Secara keseluruhannya, terdapat 542 kes kematian di negara kita.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh pula terdapat 1,401 kes. Angka kes sembuh adalah sebanyak 106, 832 kes secara keseluruhannya.