Nombor kes harian COVID-19 untuk 8 Januari 2021 menurun berbanding dua hari lepas.
Untuk hari semalam, KKM telah melaporkan 2,643 kes positif baharu di negara kita. Daripada jumlah itu, 2,641 daripadanya merupakan kes tempatan dan dua kes import. Secara keseluruhannya, angka kes positif COVID-19 mencecah 131,108 kes di Malaysia.
Jumlah kes akif pula menurun sedikit berbanding semalam dengan 25,140 kes. Daripada jumlah tersebut, 170 kes daripanya ditempatkan di ICU dan 82 diberi bantuan alat pernafasan.
Jumlah kematian turut meningkat apabila 16 kematian baharu dicatatkan. Secara keseluruhannya, terdapat 537 kes kematian di negara kita.
Bagaimanapun, jumlah kes sembuh pula terdapat 2,708 kes. Angka kes sembuh adalah sebanyak 105, 431 kes secara keseluruhannya.