Pihak kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperketatkan syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa tempat. Antara tempat yang menjadi keutamaan adalah zon kuning di kawasan Selangor, KL dan Putrajaya.
Berdasarkan laporan Malay Mail, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa MKN sedang menjadualkan beberapa perkara untuk menghalang penularan COVID-19.
“MKN akan membentangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan. Pihak kerajaan tidak akan menutup sektor ekonomi di Selangor, KL dan Putrajaya.”Katanya dalam sidang media harian pada 2 November.
“Pada masa yang sama, kita mahu melindungi kesihatan rakyat jadi ini sebab mengapa MKN akan membentangkan plan mereka dan berkemungkinan akan mengetatkan PKPB” Tambahnya lagi.
Sumber: SYOK English