Bagi mengekang masalah penularan COVID-19, kerajaan akan mengumumkan SOP baaru untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada hari Sabtu ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian hari ini. MKN telah membentangkan isu tersebut dalam mesyuarat hari ini. Bagaimanapun, keputusan masih belum diputuskan lagi.
"Ada beberapa cadangan termasuk untuk kelonggaran, kita sudah meminta MKN membincangkan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membentangkan SOP ini," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Sumber: Astro Awani