8,876 Calon SPM 2019 Berjaya Peroleh Semua A

8,876 calon spm 2019 berjaya peroleh semua a

Whoaaa nampaknya result SPM dah pun keluar hari ini. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, 8,876 calon yang menduduki peperiksaan awam itu pada tahun lepas telah berjaya memperoleh semua A.

Peraturan calon yang lulus semua pelajaran (Kepujian atau gred C) dalam semua subjek juga turut meningkat sebanyak 0.79%. Subjek paling tinggi bilangan yang lulus ialah Bahasa Inggeris di mana peratusan peningkatan sebanyak 0.17%.

Untuk subjek yang mendapat penurunan tertinggi pula ialah subjek Sains di mana peratusan menurun adalah 0.14%.

Jadi, macam mana result korang? Ok ke tak?

Ok atau pun tak, tahniah kami ucapkan. Lepas ni make sure korang pilih pengajian yang betul supaya masa depan korang akan menjadi betul.

Sumber: Astro Radio News