Keputusan Rayuan BPN Akan Diketahui Pertengahan Bulan Ini

keputusan rayuan bpn akan diketahui pertengahan bulan ini

Mesti ramai yang tertanya-tanya, bila keputusan permohonan rayuan BPN yang telah dilakukan sebelum ini kan?

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, keputusan rayuan BPN akan diketahui pada bulan Jun ini. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan tarikh terperinci dan hanya akan memaklumkan dalam masa terdekat.

Beliau juga turut memaklumkan 10.4 penerima BPN telah pun menerima bayaran. Secara keseluruhannya, RM10.78 bilion telah diagihkan.

 “Selebihnya penerima boleh menuntut di cawangan BSN sehingga 31 Disember 2020,” katanya dalam sesi Facebook Live Perkongsian Laporan Ke-8 Pencapaian Prihatin - Laksana baru-baru ini.

Sumber: Astro Awani