Kehabisan Barang Keperluan? Order Je Dari Pandamart

kehabisan barang keperluan? order je dari pandamart

Barang keperluan ni susah nak dijangka kan bila dia akan habis. Tengok je dah habis, nak guna je dah tak ada.

Ok, lepas ni korang tak perlu risau lagi untuk dapatkan barang keperluan tersebut sebab foodpanda boleh menghantar barang-barang yang anda perlukan dalam masa 20 minit. Ada lebih 3,500 produk penting harian yang koran boleh dapatkan dari pandamart ni.

Antara jenis barangan yang ada di pandamart ialah barangan runcit, barang keperluan rumah, produk kecantikan, barangan segar dan juga ubat-ubatan di kaunter. Jadi, tak perlu risau lagi kalau barang keperluan korang habis.

Menurut foodpanda, barangan tersebut dihantar terus dari gudang mereka sendiri. Jadi, sebab itu lah harga yang ditawarkan sangat kompetitif dan kualiti barangan terjamin.

kehabisan barang keperluan? order je dari pandamart

Pandamart kini terdapat di 25 lokasi di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Antaranya ialah Bangsar, Setapak, Subang, Ampang/ Cheras, Bukit Tinggi, Bukit Jalil, Petaling Jaya, KLCC, Puchong, Balakong, Kajang, Setia Alam, Kota Damansara, Shah Alam, Ara Damansara, Selayang, Sungai Buloh, Cyberjaya, Bayan Lepas, Georgetown/Jelutong, Perai/Bukit Mertajam, Mount Austin, Universiti Teknologi Malaysia, Permas Jaya dan Mont Kiara.

Menurut foodpanda, antara barangan yang paling banyak dipesan melalui pandamart ialah air mineral, roti, telur, ais krim, susu, daging beku, barangan segar, minuman berkarbonat, jus dan makanan ringan seperti kerepek dan coklat.

Jadi, apa tunggu lagi. Buat lah pesanan barangan keperluan anda melalui pandamart sekarang.