Kedah Berdepan Pahang, JDT Terima Laluan Mudah Ke Final!

kedah berdepan pahang, jdt terima laluan mudah ke final!

Undian saingan Piala Malaysia telah pun selesai.

Proses undian tersebut dilakukan secara langsung menerusi Facebook MFL dan juga di Youtube.

Terdapat perubahan format untuk saingan Piala Malaysia musim ini.

Edisi terdahulu menyaksikan sebanyak 16 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan kejohanan bola sepak tertua Asia Tenggara itu namun tahun ini hanya 15 pasukan sahaja yang terlibat.

Ini kerana pasukan Sabah yang berjaya melayakkan diri tidak mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara untuk meninggalkan negeri itu ekoran pelaksanaan PKPB yang dilanjutkan sehingga 9 November. Ini semua gara-gara COVID-19 lah. Hmm.

Sedangkan pusingan awal saingan Piala Malaysia ini akan bermula pada 6 hingga 8 November.

Oleh itu, mana-mana pasukan yang diundi bertemu Sabah akan menerima "bye" dan terus mara ke peringkat suku akhir. Pasukan yang bertuah ini tak lain tak bukan ialah Kuala Lumpur.

Terlupa pulak. Selain bilangan pasukan, saingan Piala Malaysia kali ini juga menggugurkan konsep peringkat kumpulan sebaliknya menggunakan format kalah mati tanpa aksi timbal-balik.

kedah berdepan pahang, jdt terima laluan mudah ke final!

Berdasarkan undian sebentar tadi, juara bertahan, JDT miliki laluan mudah untuk ke final apabila diundi berdepan Kuching FA.

Namun, harus diingat, JDT juga akan beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Asia dan kejohanan tersebut akan dilangsungkan serentak dengan saingan Piala Malaysia ini. Mungkin laluan ke final tu tak semudah yang dijangka untuk JDT la kan?

Selain itu, perlawanan yang seharusnya jadi tumpuan ialah antara Kedah dengan Pahang. Musim lalu, kedua-dua pasukan ini seri 8-8 secara agregat namun skuad Lang Merah mara ke final menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan sebelum tewas 0-3 kepada JDT.

Berdasarkan rekod pertemuan itu, pastinya saingan antara kedua-dua pasukan ini dijangka sengit.

Pemenang perlawanan tersebut pula akan berdepan sama ada Selangor atau Melaka United yang menjanjikan laluan sukar untuk ke final.

kedah berdepan pahang, jdt terima laluan mudah ke final!

Ok, venue untuk kesemua perlawanan ini akan dimaklumkan oleh MFL dalam masa terdekat. Jadi, kepada penyokong bola sepak tempatan, jangan lupa untuk mengikuti saingan Piala Malaysia musim ini! Ingat, stadium masih tak boleh pergi, jadi tengok dari rumah je.

kedah berdepan pahang, jdt terima laluan mudah ke final!

Oleh : Karami Kamel