Semua Tau Tesco Dah Jadi Lotus’s, Tapi Korang Tau Tak Pasal Janji Mereka Yang Nak Uolls Ceria Hari-Hari?

Artikel ini ditaja oleh Lotus’s Malaysia.

Nikmati Keceriaan Setiap Hari Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia; Edit: SYOK BM

Berita baik buat korang yang suka shopping barangan keperluan pada harga yang berpatutan tapi berkualiti tinggi! Lotus’s Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tesco kini dah pun selamat dilancarkan secara rasmi di seluruh negara pada 10 Mac yang lalu!

Korang yang prefer beli grocery online, bolehlah beli melalui aplikasi Lotus’s yang baru! Lotus’s nak korang nikmati keceriaan setiap hari tau, dan ia bukan sekadar janji manis; diorang betul-betul serius nak buat korang semua ceria ya!

Macam mana nak Ceria Cara Lotus’s?

Ceria Cara Lotus’s

Kredit: Lotus’s Malaysia

Nak #CeriaCaraLotuss ada tujuh cara tau! Jom check it out:

#1 Ceria Itu Segar!

Ceria Itu Segar Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

Lotus’s menawarkan produk segar yang berkualiti tinggi, daripada sayur-sayuran, ayam, daging, makanan laut hinggalah kepada buah-buahan.

Semua pembekal keluaran jenama Lotus’s (sayur-sayuran dan buah-buahan) telah disahkan oleh MeSTI serta memiliki Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan memenuhi piawaian yang ditetapkan di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Selain tu, semua pembekal ayam jenama Lotus’s berada di bawah skim pensijilan VHM yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, dan disahkan HACCP.

#2 Ceria Itu Banyak Pilihan!

Ceria Itu Banyak Pilihan Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

Lotus’s menyediakan pelbagai jenis produk untuk keperluan harian korang, daripada produk buatan tempatan hinggalah pilihan produk antarabangsa (contohnya makanan ringan Thailand, snek ikan, makanan halal) dan juga produk organik.

#3 Ceria Itu Jenama Lotus’s!

Ceria Itu Jenama Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

Sama macam produk jenama Tesco, produk jenama Lotus’s juga berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, di samping rangkaian produk yang pelbagai.

Korang boleh pergi ke aisle FRESH. Antara jenama-jenama keluaran Lotus’s Malaysia ialah Nax Nax, Value, Cute & Care, Aliv, Oral Pro, Me Style, dan Prestigo; yang meliputi semua rangkaian barangan runcit am seperti makanan ringan, produk penjagaan diri untuk orang dewasa dan bayi, serta makanan haiwan peliharaan.

Antara produk Lotus’s yang paling digemari ramai termasuklah coklat UHT Lotus’s, kerepek kentang, kentang goreng, piza beku, pampers bayi, dan banyak lagi. Semuanya pada harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi!

#4 Ceria Itu Berbaloi!

Ceria Itu Berbaloi Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

Salah satu misi Lotus’s untuk menceriakan para pelanggannya ialah dengan memastikan setiap barangan yang dijual adalah berbaloi dari segi harga dan kualiti, agar kehidupan harian korang juga lebih berkualiti. Kalau korang takde masa nak kunjungi cawangan Lotus’s yang terdekat, korang sekarang dah boleh beli grocery online je guna aplikasi Lotus’s!

#5 Ceria Itu Mudah!

Ceria Itu Mudah Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

Lotus’s ialah peruncit berbilang saluran yang terbesar, dan korang juga boleh dapati barangan Lotus’s di platform online seperti Lazada, Shopee, HappyFresh, dan Foodpanda. Selain platform online Lotus’s, korang juga boleh beli grocery menggunakan saluran WhatsApp Lotus’s untuk beli online dan collect di cawangan Lotus’s terdekat.

Dengan penjenamaan semula Tesco kepada Lotus’s, aplikasi ClubCard kini juga dah pindah ke aplikasi Lotus’s. Dengan Lotus’s, korang boleh shopping pada bila-bila masa di mana-mana je, dan korang boleh TEBUS mata untuk lebih penjimatan!

Aplikasi Lotus’s tersedia di Apple App Store, Google Playstore dan Galeri Aplikasi Huawei, dan korang boleh dapatinya di http://onelink.to/pzrnt5. So jangan lupa kemas kini aplikasi ClubCard korang kepada Lotus’s hari ini untuk menikmati tawaran hebat!

Aplikasi Lotus’s Baharu

Kredit: Lotus’s Malaysia

Sempena pelancaran aplikasi Lotus’s ni, terdapat beberapa promosi istimewa iaitu:

  • Penghantaran percuma: Tiada had minimum pembelian mulai sekarang hingga 10 April 2022.
  • Baucar diskaun mingguan untuk dimenangi: Diskaun sehingga 20%*, promosi ni sah dari sekarang hingga 7April 2022. *Sementara stok masih ada.
  • Baucar harian* untuk dimenangi: Dari sekarang hingga 14 April 2022, sementara stok masih ada. *Tertakluk terma dan syarat.

So cepat daftar sebagai ahli MyLotus’s untuk menikmati tawaran EKSKLUSIF dan terhad ni!

#6 Ceria Itu Ganjaran!

Ceria Itu Ganjaran Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

Selain promosi istimewa tadi, korang juga bakal menikmati pelbagai ganjaran menarik setiap bulan dengan Program Loyalty MyLotus’s. Antara ganjaran yang ada termasuk:

  • Beli online, kumpul mata dan tebus ganjaran yang ada
  • Ketahui promosi TERKINI lebih awal dari pelanggan lain
  • Nikmati promosi EKSKLUSIF hanya untuk ahli je
  • Tebus kupon EKSKLUSIF hanya untuk ahli
  • Dapatkan DISKAUN SEGERA semasa pembayaran
  • Tukar perbelanjaan kepada kupon

#7 Ceria Itu Masa Depan!

Ceria Itu Masa Depan Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

Masa depan yang cerah merupakan suatu harapan yang boleh menceriakan setiap orang. Jadi selain mementingkan keperluan para pelanggannya, Lotus’s turut aktif dalam kebajikan masyarakat serta alam sekitar dengan memacu beberapa siri inisiatif #KitakanJiran demi masa depan yang lebih baik.

Antara Inisiatif #KitakanJiran Lotus’s yang korang kena tau ialah:

  • 15 buah cawangan Lotus’s sudah berkuasa solar, di mana ia mengimbangi pelepasan karbon dioksida sebanyak 9,138 tan.

Panel Solar Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

  • Tong makanan amal telah disediakan di setiap cawangan agar korang juga boleh ceriakan hidup mereka yang memerlukan.

Tong Makanan Amal Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

  • Lotus’s menderma lebihan makanan yang selamat dimakan tetapi tidak boleh dijual kepada golongan kurang berkemampuan.

Derma Makanan Kechara Dan Lotus’s Malaysia

Kredit: Lotus’s Malaysia

Pastinya ketujuh-tujuh cara Lotus’s nak buat korang ceria hari-hari ni boleh buat korang Nikmati Keceriaan Setiap Hari! Kalau korang masih belum jadi ahli, jangan tunggu lama-lama!

Cepat muat turun aplikasi Lotus’s dan mula beli grocery online sambil kumpul mata ganjaran untuk lebih penjimatan! Selain tu, jangan lupa follow laman sosial media Lotus’s Malaysia untuk perkembangan terkini!