Kartunis Terkenal, Artortoise Meninggal Dunia

kartunis terkenal, artortoise meninggal dunia

Seorang kartunis yang dikenali dengan nama Artortoise telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 1.37 pagi tadi. Perkara tersebut dimaklumkan melalui laman Facebook Artortoise sendiri.

Artortoise atau nama sebenarnya Mohamad Ikhsan Bin Kamarudin telah mengihdap kanser pangkal hidung tahap tiga dan menjalani rawatan sebelum dimasukkan ke Hospital Selayang bagi rawatan komplikasi Hepatitis B sejak 22 Oktober yang lalu.

Nama Artortoise mula menjadi perhatian orang ramai di media sosial selepas beberapa siri lukisannya menjadi viral dan menyentuh perasaan orang ramai. Artortoise sering menghasilkan lukisan mengikut keadaan semasa.

Terima kasih Artortoise untuk karya-karya yang sering memberi manfaat dan kesedaran kepada orang ramai. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Assalamualaikum WBT... Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin ( @ikhsanise Artortoise ) telah...

Posted by Artortoise on Monday, November 30, 2020

Sumber: Facebook Artortoise