Kabir Bhatia Tampil Dengan Filem Latar Sebenar Bertajuk Kerana Korona

kabir bhatia tampil dengan filem latar sebenar bertajuk kerana korona

Pengarah berbakat, Kabir Bhatia akan tampil dengan satu filem baharu yang berjudul Kerana Korona. Diinspirasikan daripada latar sebenar iaitu semasa Malaysia berhadapan pandemik COVID-19, filem ini menaruhkan elemen harapan, cinta dan keluarga.

Semua orang tahu Kabir Bhatia antara pakar dalam menghasilkan filem yang menyentuh emosi. Kalau tak, tak kan lah filem arahannya seperti Sangkar (2019) dan Bisik Pada Langit (2017) menerima pelbagai respon positif daripada penonton dan pengkritik filem. Jadi, untuk tahun 2021 ni, Kabir muncul semula dengan filem Kerana Korona.

Para penonton akan dibawa mempelajari nilai-nilai murni serta sudut positif di sebalik PKP. Kerana Korona akan mengajar penonton bagaimana PKP telah memberi ruang dan peluang kepada mereka memperbaiki serta lebih mengeratkan lagi hubungan bersama orang tersayan.

Filem ini menggabungkan pelakon-pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Dato’ Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Filem Kerana Korona akan mula ditayangkan di Astro First bermula 21 Januari ini. Jadi, kalau anda berminat nak menonton filem Kerana Korona ni, boleh lah langgan di saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 Jam (2 hari) secara berulang-ulang.