Kepada pemohon pengeluaran KWSP i-Sinar kategori 2 dah semak akaun ke belum?
Ini kerana KWSP telah memaklumkan bahawa pembayaran interim kepada pemohon Kategori 2 telah pun bermula semenjak 26 Januari lalu.
Tapi, kalau baki akaun anda tak bertambah-tambah juga, sila bersabar ya. Ini kerana pembayaran ni mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk proses pengkreditan amaun ke akaun bank. Selain itu, proses ini juga bergantung kepada prosedur bank yang digunakan.
So, mungkin anda perlukan masa sehingga 3 hari bekerja untuk melihat duit anda dikreditkan. Jika masih belum menerima wang tersebut, boleh lah terus menghubungi pihak KWSP.
Sumber: Instagram KWSP