Ramai yang tersenyum lebar apabila permohonan pengeluaran akaun 1 bagi ahli KWSP di bawah i-Sinar telah mula diluluskan. Malah, wang juga akan dikreditkan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, harus kita ingat bahawa duit tersebut adalah untuk memudahkan kita memberi barang keperluan pada masa kini.
Baru-baru ini, team SYOK telah menemuramah salah seorang perancang kewangan dan seorang penulis buku kewangan, Azraei Muhammad.
Dalam wawancara tersebut, Azraei mengingatkan kepada kita semua bahawa duit KWSP i-Sinar ini merupakan duit yang dipinjam dari masa depan. Jadi, seharusnya kita menggunakan duit tersebut dengan sebaiknya.
Pasti anda tertanya-tanya macam mana nak menggunakan wang tersebut supaya tidak tersasar dairpada yang dirancang, kan?
Salah satu tips yang dikongsikan oleh Azraei adalah bersifat tegas dengan diri sendiri. Seharusnya, golongan muda ikut plan yang dah ditetapkan agar tidak tersasar jauh.
Banyak lagi perkara yang dikongsikan oleh Azraei dalam SYOK Altruis. Jadi, saksikan SYOK Altruis sekarang!