KKM Kesan 10 Lagi Kes Baru Positif COVID-19 Varian Delta Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenalpasti sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

 

Ia sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI).

 

Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4)  kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

 

Setakat jam 12 tengah hari 28 Julai 2021, sebanyak 17,405 kes harian dilaporkan dengan 374 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala, sebanyak 17,031 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

kkm kesan 10 lagi kes baru positif covid-19 varian delta di malaysia

Dalam pada itu juga, sebanyak 143 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 41 kes di Selangor, 21 kes di Negeri Sembilan, 17 kes di Johor, 14 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Perak, 10 kes di Kedah, sembilan (9) kes di Sabah, tujuh (7) kes di Melaka, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta tiga (3) kes di Pahang.

kkm kesan 10 lagi kes baru positif covid-19 varian delta di malaysia

Sumber: KKM