KKM Melaporkan Kes Harian Tertinggi Dengan 2,593 Kes

kkm melaporkan kes harian tertinggi dengan 2,593 kes

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan jumlah kes positif harian tertinggi yang pernah dicatatkan iaitu sebanyak 2,593 kes. Jumlah tersebut menjadikan kes keseluruhan sebanyak 125,438 kes. Sebelumini jumlah kes tertinggi adalah sebanyak 2,525 kes.

Selain itu, empat kematian baharu dicatatkan. Secara kumulatifnya sudah terdapat 513 kes kematian di Malaysia akibat pandemik ini.

Bagaimanapun, kes sembuh mencecah 100,000 kes selepas lagi 1,129 kes telah berjaya diselesaikan. Jumlah kes aktif pula melebihi 20,000 kes apabila KKM melaporkan terdapat 24,347 kes aktif. Daripada jumlah itu, 141 daripadanya merupakan kes ICU dan 67 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sumber: Instagram KKM