Jumpa Lagi Felda United & UKM FC...

Tiada lagi kelibat Felda United FC & UKM FC dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Ini selepas kedua-dua pasukan tersebut gagal mendapatkan pelesenan daripada FA ke FC.

 

jumpa lagi felda united & ukm fc...

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat selepas dibincang dengan teliti dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL ke-23, Rabu lalu.

Tambahnya, walaupun berat hati dalam membuat keputusan tersebut ianya terpaksa dilakukan bagi mengelakkan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai kedua-dua pasukan pada musim depan.

Terdahulu, Felda United & UKM FC melengkapkan proses penswastaan namun wujud perkembangan negatif berhubung sokongan korporat daripada kedua-dua pasukan.

jumpa lagi felda united & ukm fc...

FELDA keluarkan kenyataan pada 5 Oktober lalu mengatakan Felda United tidak akan mengambil bahagian dalam Liga Super atau Liga Premier musim depan.

Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia pula enggan bertanggungjawab terhadap isu kewangan pasukan UKM FC.

jumpa lagi felda united & ukm fc...

Disebabkan perkara seperti ini, FAM buat keputusan untuk tidak meluluskan permohonan penswastaan mereka.

Datuk Ab Ghani berkata MFL akan kemaskini jumlah pasukan dalam saingan Liga Premier musim depan selepas kedua-dua pasukan ini gagal ambil bahagian.

Liga Premier kini hanya miliki 10 pasukan dengan 4 daripadanya merupakan feeder club iaitu JDT II, Terengganu FC II, Perak II & Selangor II.

6 pasukan lain ialah Kelantan, N. Sembilan, Kelantan United FC, Kuching FA, Sarawak United FC & PDRM.

Makin kurang pasukan dalam saingan Liga Malaysia ni maknanya makin kuranglah perlawanan dalam satu musim kan? Hmm.

Oleh : Karami Kamel