Jom Pakai Double Mask & Face Shield!

Semakin banyak kelonggaran dan keistimewaan mula diberikan kepada mereka yang lengkap divaksin.

Dah boleh makan kat restoran, beriadah dan solat berjemaah di masjid.

Tapi, amalan norma baru macam pemakaian pelitup muka, kerap mencuci tangan dan penjarakan fizikal wajib diteruskan.

Sebab kes harian Covid-19 masih tak menunjukkan penurunan yang ketara.

jom pakai double mask & face shield!

Tambah-tambah lagi sekarang ni muncul pulak varian Delta yang lagi cepat merebak.

Bukan tu je, ada kajian baru mendapati, virus itu boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksin!

Tapi jangan risau, mereka yang dah divaksin masih dapat dilindungi daripada gejala yang teruk dan kematian berbanding yang belum divaksin.

Sebab tu berkali-kali KKM ingatkan kita supaya jaga SOP dan amalan norma baru walaupun sudah divaksin.

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan nasihatkan semua orang untuk pakai ‘double mask’ dengan ‘face shield’ jika berada di tempat awam.

jom pakai double mask & face shield!

Nak tau tak kenapa? Sebab dengan langkah tu, kita boleh lindungi diri daripada jangkitan Covid-19 sehingga 96 peratus!

Vaksin dan amalan norma baru ni antara usaha kita untuk elak risiko dijangkiti Covid-19.

Bila dah berusaha sebaik mungkin, kita berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dia Maha Penyembuh.

jom pakai double mask & face shield!

Bagi yang belum mendaftar sebagai penerima vaksin, segeralah berbuat demikian untuk kita sama-sama capai imuniti kelompok dengan cepat.

Yang masih nak tolak vaksin?  Fikir-fikirkanlah.

Jangan cuba-cuba nak menipu pulak untuk makan kat restoran.

Nak hak keistimewaan? Vaksin dulu!

 

Oleh: Izzati Amir