*foto hiasan
Ada yang plan nak beli Android Box ke tu? Kalau ada sebaiknya pastikan paling kurang 2 perkara ni iaitu disahkan SKMM dan ada cop SIRIM.
Oh ya, tapi kalau Android Box tu ada 2 perkara ni tapi pemiliknya melayari atau memuat turun bahan yang melanggar hak cipta atau tanpa izin menggunakan alat tu, ha itu pun satu kesalahan.
Sekarang ni nacam-macam jenis yang ada kat pasaran jadi kena bijaksana dan sini. Sebab kalau korang beli yang tak sah atau senang kata yang ‘haram’ punya hmmm… berat jugak hukumannya.
Samalah jugak untuk peniaga. Macam kelmarin, sorang pengarah syarikat IT mengaku salah kat Mahkamah Shah Alam pasal isu ni. Dia didakwa atas kesalahan mempromosikan kotak TV Android bagi mendapatkan siaran TV secara haram. Kalau disabitkan kesalahan, syarikat dan individu terlibat boleh didenda sehingga RM40,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasanya semua mampu fikir kan sebab apa pihak berkuasa kawal pasal ni…antaranya berkaitan dengan isu hak cipta. Memang semuanya sekarang serba nak pantas moden mudah…dan kalau boleh nak semua percuma tapi ada hadnya. Ya ada batasannya. Letih-letih penerbit atau pengeluar hasilkan karya tup-tup hasilnya pergi kat orang lain…Tak adil kan?
Lagipun bila kita guna peralatan atau peranti tak sah ni mestilah ada akibatnya baik dari segi keselamatan alat jugak diri kita. Jangan tak tau alat ni ada dijadikan alat pengintipan. Itu satu hal. Lagipun sangatlah susah nak kawal kandungan filem, cerita, berita dan bahan-bahan terutama yang masuk dari luar negara kalau guna Android Box ‘haram’ ni. Seterusnya melarat kepada impak negatif lain pulak.
Oleh: KJ
Sumber & foto: AWANI, KPDNHEP, asklegal.my, Berita Harian, SKMM, Sinar Harian & Internet