Jaga-Jaga Virus Covid-19 Pun Boleh Merebak Melalui Mata

jaga-jaga virus covid-19 pun boleh merebak melalui mata

Kementerian Kesihatan Malaysia, (KKM) menegaskan bahawa pentingnya penjarakan social (1 meter) bagi mengelakkan penyebaran virus terhadap orang ramai terutamanya di tempat awam.

Difahamkan penularan novel coronavirus atau nama saintifiknya COVID-19 adalah melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang itu batu atau bersin. Juga ia boleh dijangkiti melalui penyentuhan mata, hidung dan mulut. Mata juga laluan penting penyebaran virus selain pernafasan melalui mulut dan hidung.

Ujian makmal mendedahkan tahap virus COVID-19 adalah tinggi di sel permukaan mata berbanding di saluran pernafasan. Memandangkan virus Covid-19 boleh masuk ke dalam mata, elakkan tangan daripada menyentuh muka especially mata, mulut dan hidung.

 KKM sekali lagi memperingatkan tentang SOP dan sebaiknya tidak ke tempat awam selain daripada kerap membasuh tangan dan memakai topeng muka sebaik saja keluar dari rumah.

Sumber: Harian Metro

Oleh: Khalie Azmi