Insiden Influencer 'Ceramah' Gelandangan Warga Emas, MK K-Clique Luah Perasaan Amarah & Bengang

Semalam kecoh di media sosial mengenai satu rakaman video tular yang memperlihatkan kelibat seorang lelaki dipercayai ‘influencer’ bersama seorang gelandangan warga emas.

insiden influencer 'ceramah' gelandangan warga emas, mk k-clique luah perasaan amarah & bengang

Dalam video yang berdurasi 50 saat itu, jelas terlihat lelaki muda itu mempersoalkan warga emas terbabit kalau-kalau dia menyesal kerana tidak berusaha sekeras mungkin di zaman mudanya sehingga menyebabkan dia kini hidup sebagai gelandangan.

Susulan daripada kejadian yang dikatakan berlaku di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur itu, orang ramai bertindak menyatakan ketidakpuasan hati mereka sehingga menyebabkan di insiden tersebut trending di serata media sosial. Rata-rata mereka menyifatkan tindakan lelaki itu sebagai kurang ajar serta menjatuhkan air muka warga emas itu.

Tidak terkecuali, penyanyi rap popular, MK K-Clique, yang meluahkan perasaan bengangnya menerusi beberapa entri di Instagram Story miliknya.

insiden influencer 'ceramah' gelandangan warga emas, mk k-clique luah perasaan amarah & bengang

Coretnya, “Bukan stail aku mahu ikut masuk campur hal-hal isu semasa ni. Tapi ini kes macam melampau betul cara kau layan pak cik tu. Jangan ingat bila berjaya kau senang-senang mahu buat apa kau mahu buat. Macam tiada otak. Pak cik tu orang tua lagi.”

Lanjut MK, dia seolah-olah terbayangkan warga emas itu seperti bapanya sendiri.

“Saya dari keluarga susah. Orang susah. Saya nampak pak cik tu macam saya nampak bapa saya.

“Niat sama cara tu tak berapa tidak berapa kena la. Minta maaf emosi sikit,” luahnya lagi.

insiden influencer 'ceramah' gelandangan warga emas, mk k-clique luah perasaan amarah & bengang

MK kemudian meluahkan lagi dalam entri Instagram Story yang lain yang mana tulisnya, “Minta maaf emosi sangat. Fikiran tak betul. Saya terima teguran dan nasihat semua. Ada jalan yang betul dan lebih baik untuk tolong. Maafkan saya.

“Saya pun bodoh juga, manusia biasa marah ikut emosi. Minta maaf. Tapi yang ni saya ikut tolong. Pak cik sabar sekejap. Kita agihkan semua sama rata ikut mana mampu. Minta maaf,” tambah penyanyi yang menempa populariti bersama kumpulan K-Clique menerusi lagu “Mimpi” itu.

 

Sumber: Instagram