Influencer Malaysia, Kimchibudu Terima Anugerah Rakyat Kehormat Seoul

influencer malaysia, kimchibudu terima anugerah rakyat kehormat seoul

Influencer atau pempengaruh sememangnya boleh memberi impak kepada pengikut mereka. Sebab itu lah influencer ni seharusnya menghasilkan kandungan-kandungan yang positif dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.

Tak rugi pun hasilkan kandungan yang bermanfaat kerana anda pasti akan dihargai. Contohnya, seorang influencer dari negara kita yang dikenali sebagai Kimchibudu telah menerima darjah serta pingat Rakyat Kehormat Seoul daripada Kerajaan Metropolitan Seoul.

Pengasas saluran tersebut merupakan seorang anak kelahiran Kota Bharu dan telah berada di Seoul selama 14 tahun semenjak beliau mula menjejakkan kaki di sana.

"Inilah penghormatan tertinggi yang pernah saya terima daripada pihak kerajaan di Korea Selatan. Terima kasih Seoul kerana menghargai usaha saya dan isteri dalam menjadikan Seoul sebuah bandaraya global yang mesra Muslim dengan mengetengahkan pelancongan halal dan menjadi salah satu duta kecil yang menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan.

"Tambah-tambah lagi tahun ini adalah ulang tahun ke-60 hubungan diplomasi antara Malaysia-Korea Selatan," katanya dalam satu catatan di akaun Facebooknya semalam.

Sumber: Astro Awani