Humblenya Jawapan Dr Hisham Apabila Disoal Tentang Pengiktirafan Doktor Terbaik Dunia

humblenya jawapan dr hisham apabila disoal tentang pengiktirafan doktor terbaik dunia

Baru-baru ni sebuah saluran televisyen di China telah menamakan Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang doktor terbaik di dunia dalam mengendalikan kes COVID-19.

Ketika sidang media harian pada petang tadi, beliau telah diajukan perkara tersebut. Jawapan yang diberikan oleh beliau sangat merendah diri.

“Apa yang kita harus bersyukur, dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua kementerian dan menteri untuk melaksanakan PKP.

“Kita kena lihat ada empat tindakan penting. Pertamanya kawalan sempadan - terima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kawalan pergerakan dalam negara - pihak polis telah melaksanakan tugas untuk memastikan rakyat patuh kepada PKP. Dan terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan, baik dari Kementerian Kesihatan, dan mereka yang tampil membantu,” katanya lagi.

Selain itu, beliau turut berkata semangat kerja berpasukan adalah antara faktor terbesar mengapa Malaysia dapat meminimumkan risiko penularan pandemik itu.

Wow, memang betul-betul humble dan down to earth! Terima kasih dan tahniah doktor!

Sumber: Astro Awani