Kadar kes bunuh diri di Jepun menurun sebanyak 20% pada bulan April jika dibandingkan pada bulan yang sama pada tahun lepas. Jumlah tersebut merupakan penurunan yang terbanyak dalam masa lima tahun.
Antara faktor yang memungkin pengurangan tersebut adalah masa bersama keluarga. Disebabkan COVID-19, manusia terpaksa duduk di dalam rumah bersama keluarga mereka. Jadi, pergaulan di antara ahli keluarga menyebabkan mereka kurang tertekan dan tidak terlalu memikirkan hal kerja.
Selain itu, bekas Ketua Kaunseling Japanese Federation of Inochi-no-Denwa berkata, sekolah juga memberi tekanan kepada orang muda. Tapi, pada bulan April, tiada tekanan yang dihadapi oleh mereka. Malah mereka berasa selamat kerana tinggal di rumah bersama keluarga.
Jadi, ini membuktikan bahawa betapa pentingnya hubungan ahli keluarga. Alah, gaduh-gaduh manja sesama ahli keluarga tu biasa lah. Tapi, kena ingat air dicincang ni tak akan putus. Selagi mengalir darah di dalam badan, selagi tu lah kita mempunyai keluarga. Hargailah keluarga masing-masing.
Sumber: The Guardian