Hari Pertama PKPB, Pengguna Pengangkutan Awam Patuh Kepada Normal Baharu

hari pertama pkpb, pengguna pengangkutan awam patuh kepada normal baharu

Hari ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dimulakan. Kelihatan warga kota yang perlu hadir ke pejabat mula kembali ke rutin asal. Bagi yang menggunakan pekhidmatan awam, mereka perlu mematuhi beberapa etika normal baharu.

Berdasarkan pantauan Astro Awani, biarpun dalam keadaan waktu puncak namun keadaan tidak terlalu sesak. Pengguna mematuhi segala etika normal baharu yang telah disarankan seperti menjaga penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

Selain itu, pengguna juga mematahi arahan yang terdapat di dalam tren. Mereka tidak duduk pada kerusi yang ditampal notis dan juga berdiri pada kawasan sepatutnya.

hari pertama pkpb, pengguna pengangkutan awam patuh kepada normal baharu

Diharapkan perkara ini akan berteruskan sehinggalah PKPB ini tamat. Selain itu, para pengguna pengangkutan awam juga diwajibkan memakai topeng muka. Pihak berkuasa mempunyai hak untuk menghalang pengguna yang tidak mematuhi arahan tersebut.

Sumber: Astro Awani