Selepas pasukan Western Force dari Perth Australia diasingkan dari kejohanan Super Rugby (kejohanan yang dimainkan di antara kelab franchise negara New Zealand, Australia, Afrika Selatan, Jepun dan Argentina) pemilik Western Force telah mengambil keputusan untuk membuat kejohanan ragbi bertaraf antarabangsa sendiri yang diberikan nama Global Rapid Rugby (GRR).
Kejohanan yang akan dimulakan pada hujung minggu ini terdiri daripada pasukan China Lions (yang terdiri dari pemain pemain Bay Of Plenty dari New Zealand),Manuma Samoa, Fijian Latui, South China Tigers (Pemain pasukan Hong Kong), Western Force dan juga wakil sulung dari Malaysia, Valke (Kebanyakan pemain adalah dari Afrika Selatan dan 5 pemain Malaysia).
Kejohanan GRR mempunyai kelainan yang tersendiri tetapi masih menggunakan prinsip ragbi asas. Menerapkan nilai “running & attacking rugby” GRR telah memperkenalkan Power Try yang memberikan pasukan yang membuat try dari garisan 22 meter sendiri 9 mata berbanding 5 mata jika dibandingkan dengan ragbi union yang asal.
Selain dari itu, GRR juga memberikan peluang kepada penendang untuk menunjukkan skill mereka memberikan kedudukan kepada pasukan yang lebih baik dengan mendang kea rah kawasan 22 meter lawan tetapi bola harus melantun di dalam padang dan kemudiannya keluar. Bezanya adalah, possession akan menjadi milik pasukan yang menendang!
Pemain juga tidak digalakkan untuk menendang keluar terus bola dan sebaliknya digalakkan untuk menendang ke bahagian tengah padang atau cubaan untuk melantunkan bola dulu sebelum keluar. Disebabkan bola yang ditendang dan terus keluar akan bertukar tangan kepada pihak lawan di mana bola ditendang keluar akan mempromosikan ‘running rugby’.
Perlawanan juga akan dikurangkan ke 35 minit dan pertukaran pemain boleh dikeluarkan sementara dan direhatkan untuk dimasukkan semula sebagai pertukaran taktikal dan ini akan dibenarkan sebanyak 12 kali.
Kiraan mata pun berlainan, pasukan yang menang dengan 3 try atau lebih akan mendapat 1 mata bonus, pasukan yang mendapatkan 4 try atau lebih, 1 mata dan pasukan yang kalah kurang dari 5 mata akan mendapat 1 mata bonus.
Sebagai peminat, kita mengharapkan Malaysia Valke dapat memberikan persembahan yang baik disamping memberi pendedahan kepada 5 pemain Malaysia di persekitaran professional.
Perlawanan pertama bakal dimainkan di stadium TUDM Subang pada 21 mac 2020 jam 4 pm. Mari beramai ramai memberikan sokongan!
Oleh Capo Rod