Glamping Menghadap Laut Memang Lain Dari Lain

glamping menghadap laut memang lain dari lain

Glamping merupakan aktiviti yang menjadi sangat trending sekarang dan diminati orang ramai. Ia merupakan aktiviti percutian yang unik dan menyeronokkan, dalam masa yang sama konsep glam dan camping digabungkan. Erti kata lain glamping ni korang tak payah bersusah payah membina khemah atau memasang khemah sendiri, glamping dah lengkap dengan segala kemudahan dan tempat tidur yang selesa.

Lokasi glamping merupakan faktor yang penting kerana ia menarik perhatian orang ramai. Selalunya lokasi glamping di hutan, tepi sungai dan di tempat yang very nature gitew! Antara glamping yang menjadi viral adalah A’Moss Farmstay, Cameron Highlands, UMEA Glam Kundasang, Sabah dan Sea Horizon Glamping di Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi Johor.

Kalau korang nak tahu Sea Horizon Glamping, merupakan glamping di tebing laut yang pertama di Malaysia! Ia menawarkan 2 unit penginapan sahaja yang berbentuk dome dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti hotel 5 bintang. Serious lawa dan sangat exclusive. Ia memiliki pemandangan Laut China Selatan yang sangat indah serta disediakan ruang makan peribadi sendiri. Maksudnya very privacy sesuai sangat untuk honeymoon’.

Glamping ini dikelilingi dengan persekitaran yang hijau dan sangat menyamankan. Di sini juga menyediakan katil king size’ yang sangat selesa, runag mandi peribadi, hammock, televisyen dan set barbeque. Anda juga berpeluang untuk menikmati sarapan di dalam glamping dome.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: rileklah