Gelombang ketiga Covid-19 yang melanda negara kita kali ini memang mencabar semua pihak.
Dalam usaha nak hentikan penularan wabak, kita juga perlu gerakkan sektor ekonomi dan pendidikan untuk pastikan tiada yang keciciran.
Pekerja kena terus bekerja untuk cari rezeki dan murid perlu terus bersekolah untuk teruskan sesi pembelajaran yang tertangguh ekoran PKP sejak Mac lepas.
Sejak Covid-19 dikesan di Malaysia pada Februari lalu, lebih 2,000 murid sekolah dijangkiti Covid-19 dan lebih separuh daripadanya dijangkiti ketika gelombang ketiga yang bermula bulan lepas.
Kementerian Kesihatan pun ada cakap, punca jangkitan tidak semestinya di sekolah tetapi biasanya dibawa ke sekolah oleh mereka yang ada dalam kluster sedia ada atau dijangkiti daripada ahli keluarga atau kes sporadik.
Inilah sebabnya kita kena patuhi SOP tak kira di mana saja kita berada bagi elak lebih ramai orang dijangkiti.
Paling penting, macam Ketua Pengarah Kesihatan selalu ingatkan setiap hari, "vaksin" terbaik untuk hentikan penularan Covid-19 buat masa ini, adalah duduk di rumah jika tiada urusan penting!
Jom kita viralkan lagi #kitajagakita #dudukdirumah macam mula-mula PKP dilaksanakan Mac lepas untuk putuskan rantaian jangkitan.
Oleh: Izzati Amir