Gangguan Bekalan Air: 223 Kawasan Telah Pulih, 67 Kawasan Dalam Proses

gangguan bekalan air: 223 kawasan telah pulih, 67 kawasan dalam proses

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan status semasa gangguan bekalan air.

Menurut kenyataan itu sehingga jam 9 pagi, 223 kawasan telah pulih sepenuh daripada masalah gangguan ini. Bagaimanapun, 67 kawasan di bawah Air Selangor masih berada dalam masa pemulihan.

Berikut merupakan peratusan pemulihan mengikut kawasan:

 

Wilayah                   Pemulihan Kawasan (%)

Kuala Langat                          100

Gombak                                  100

Kuala Lumpur                         100

Klang/Shah Alam                    62

Petaling                                   89

Buat masa ini, proses pemulihan terus giat dilaksanakan. Dalam masa yang sama, lapan Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan enam Pili Air Awam telah disediakan oleh pihak berwajib mulai 16 hingga 17 Julai ini.

Air Selangor turut menasihatkan para pengguna untuk terus mematuhi SOP PKPP ketika mendapatkan bekalan air di PKS dan Pili Air Awam.

Sekiranya tempat korang mengalami gangguan bekalan air dan korang mahu mengambil air, seeloknya pakai pelitup muka dan amalkan penjarakan sosial ketika beratur.

Jangan risau, Pili Air Awam telah disanitasikan secara berkala bagi menghalang penyebaran bakteria dan virus.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang jangkaan waktu pemulihan kawasan-kawasan terlibat, premis kritikal, lokasi Pusat Khidmat Setempat, lokasi Pili Air Awam dan Stesen Pengisian Setempat, korang boleh rujuk https://www.hentitugasssp3.airselangor.com