Gadis Sanggup Rentas Negeri Semata-Mata Ingin Jumpa Boyfriend Baru Kenal Seminggu

Gara-gara ingin berjumpa dengan teman lelaki yang baru dikenali seminggu olehnya, seorang gadis sanggup melanggar prosedur standard operasi (SOP) dengan merentas negeri.

gadis sanggup rentas negeri semata-mata ingin jumpa boyfriend baru kenal seminggu

Lebih mengeruhkan keadaan, pasangan tersebut dilaporkan melakukan perbuatan yang dianggap tidak bermoral bersama.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad, gadis berusia 17 tahun itu ditemui bersembunyi dalam bilik air rumah sewa teman lelakinya di Kulim, Kedah dalam keadaan tanpa seurat benang menerusi serbuan yang dilakukan sekitar tengah malam pada Khamis hasil aduan orang awam.

Tambahnya, lelaki yang berusia 22 tahun itu terlebih dahulu menjemput gadis terbabit yang baru dikenali dalam tempoh seminggu lalu di Juru, Pulau Pinang, iaitu tempatnya bekerja, dengan menggunakan laluan lorong tikus.

“Mereka mengaku baru berkenalan melalui WhatsApp seminggu lalu, lelaki yang bekerja di kilang ayam di Juru, Pulau Pinang itu menjemput gadis terbabit untuk ke rumah sewa di Kulim melalui laluan lorong tikus,” terang Anwar menerusi satu kenyataan.

Lanjutnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka bersekedudukan tanpa sebarang ikatan suami isteri yang sah.

Pasangan tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Jika didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber: [1]