Filem Lakonan Fattah Amin, Miimaland Rangkul Anugerah Luar Negara

Industri perfileman Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila filem Miimaland lakonan Fattah Amin berjaya merangkul dua anugerah dalam sebuah festival filem Kanada, iaitu AltFF Alternative Film Festival Spring 2021 pada Isnin lalu.

filem lakonan fattah amin, miimaland rangkul anugerah luar negara

Bayangkan, bukan satu, namun dua anugerah!

Menerusi festival filem yang mengambil tempat di Toronto, Kanada itu, Miimaland diangkat sebagai Filem Seram Terbaik selain memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Nevin Hiong).

Ujar Hiong, 50, mereka sebenarnya tidak mengharapkan sebarang kemenangan daripada penyertaan dalam beberapa filem festival asing.

“Sebelumnya, filem ini mendapat kritikan daripada pengkritik filem di YouTube. Oleh itu, kami bangga dengan kemenangan ini kerana penting bagi pasukan dan pada masa yang sama kejayaan ini akan menjadi penanda aras untuk filem masa depan kami,” katanya kepada satu outlet media tempatan.

Kejayaan tersebut sekali gus menumpaskan filem-filem dari negara lain seperti Dead Destination dan Faith dari United Kingdom, Edwin dari Kanada dan Thousands of Years.

Lanjut Hiong lagi, selain AltFF Alternative Film Festival Spring 2021, Miimaland turut dicalonkan dalam beberapa festival filem antarabangsa seperti Portland Horror Film Festival, Brussels Independent Film Festival dan Europe Film Festival.

filem lakonan fattah amin, miimaland rangkul anugerah luar negara

Filem Miimaland yang menemui ramai pada 24 September 2020 menampilkan barisan pelakon seperti Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Zandra Ridhuwan, Camelia Natasya, Hazzy Alzeeq, Zalif Sidek serta dua pelakon dari Korea iaitu Chelsea Esdher Wang dan Cindy Dahyun Ohn.

Ia mengisahkan sekumpulan pencipta kandungan yang mendapat tawaran pekerjaan luar biasa untuk melakukan beberapa aktiviti penggambaran di taman teman yang lama ditinggalkan, Mimaland, yang popular pada tahun 1980-an.

Sepanjang perjalanan tersebut, mereka dihadapkan dengan pelbagai kejadian mistik yang tidak disangka-sangka hingga ada antara mereka yang menemui ajal.

Filem ini, yang dihasilkan oleh Mico Studio (M) Sdn Bhd, menceritakan kisah sekumpulan pencipta kandungan yang mendapat tawaran pekerjaan luar biasa untuk melakukan beberapa aktiviti penggambaran di taman tema yang lama ditinggalkan, Mimaland, yang popular pada tahun 1980-an.

Sekadar perkongsian, Miimaland bukanlah percubaan pertama Hiong dalam arena perfileman tanah air.

Terdahulu, pengarah kelahiran Johor itu terlebih dahulu pernah bergiat sebagai sinematografer dalam beberapa filem Melayu seperti Cerita Hantu Malaysia, Cerita Kita, Highland Tower, Jin dan Nasi Kangkang.

Pada 2016, Hiong akhirnya membuat debut dalam dunia pengarahan menerusi filem Kampung Drift yang menampilkan bintang seperti Fatin Afeefa, Pablo Amirul, Pekin Ibrahim, dan Syafie Naswip.

Kongsinya, “Setiap pengalaman ini merupakan langkah penting dalam pekerjaan saya. Mereka mempunyai irama dan saling berhubungan satu sama lain.”

 

Sumber: [1]