Ebit Lew Hantar Bantuan Ke Sabah Dengan Kapal Terbang Pula

ebit lew hantar bantuan ke sabah dengan kapal terbang pula

Ebit Lew bukan sahaja seorang pendakwah malah beliau juga seorang dermawan yang sangat terkenal. Kalau tengok dekat media sosial, Ebit Lew antara orang terawal atau akan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Terbaru, Ebit Lew telah menghantar bantuan ke Sabah dengan kapal terbang pula. Dalam tulisan page Facebooknya, beliau menyatakan bahawa bantuan yang dihantar adalah barang medical set PPE dengan spec, face Shield, Mask dan Shoe Cover.

“Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Hantar barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways.

Doakan ye insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat.”

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas Ebit Lew dalam menyampaikan bantuan. Hebatnya!

Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini...

Posted by Ebit Lew on Thursday, October 29, 2020

Sumber: Facebook Ebit Lew