Ebit Lew Dianugerahkan Anugerah Wira MeleTOP

ebit lew dianugerahkan anugerah wira meletop

Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) dengan penuh meriah dan epik sekali. Biarpun beberapa kali ditangguhkana akibat pandemik COVID-19, namun acara ini tetap menjadi penantian buat para peminat hiburan tanah air.

AME2020 kali ini bukan sahaja mengiktiraf selebriti tempatan yang popular. Namun, tahun ini AME2020 turut memberi pengiktirafan kepada individu yang banyak berjasa dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Personaliti terkenal, Ebit Lew telah dipiih untuk menerima Anugerah Wira MeleTOP. Beliau turut hadir ke PICC di mana tempat AME2020 berlangsung untuk menerima anugerah tersebut.

Selain itu, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana telah merangkul kategori utama iaitu Artis TOP TOP MeleTOP. Khai Bahar bersama Siti Nordiana pula memenangi Artis TOP TOP MeleTOP Group/Duo.

Berikut merupakan senarai pemenang untuk Anugerah MeleTOP ERA 2020:

1. Fesyen MeleTOP : Syafiq Kyle

2. Hos MeleTOP: Alif Satar

3. Couple MeleTOP: Hanis Zalikha & Hairul Azreen

4. Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah

5. Artis Baharu MeleTOP: Han Byul (Big Stage S2)

6. Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production

7. Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2019

8. Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana

9. Drama MeleTOP: Sweet Dreams

10: Pelakon MeleTOP: Ben Amir (Sweet Dreams)

11. Group/Duo MeleTOP: Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)

12. Lagu MeleTOP: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

13. Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli

14. Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle

15. Filem MeleTOP: Ejen Ali The Movie

16. Artis TOP TOP MeleTOP (Lelaki): Haqiem Rusli

17. Artis TOP TOP MeleTOP (Wanita): Siti Nordiana

18, Artis TOP TOP MeleTOP Grup/Duo: Khai Bahar & Siti Nordiana