ELBA Hadiahkan Pelanggan Setia Mereka, Mercedes-Benz Baru

Fiamma Sdn. Bhd, syarikat induk kepada ELBA, mula beroperasi di sebuah rumah kedai di Johor Bahru pada tahun 1979, iaitu syarikat sulung kepada Kumpulan Fiamma. Bermula dengan hanya lima orang kakitangan, Fiamma memulakan operasi pengedaran produk perkakas memasak di bawah jenama ELBA. Walaupun berbekalkan jumlah kakitangan yang kecil, syarikat itu mempunyai pelan kemajuan yang besar. Dari Johor Bahru, ke Pulau Pinang, kemudaian Sabah & Sarawak dan kini produk ELBA boleh didapati di mana-mana sahaja.

Minggu lepas, sempena ulang tahun ELBA ke-40, seorang pemenang bertuah telah membawa pulang kereta Mercedes-Benz C200 Avantgarde. SYOK-nya!

elba hadiahkan pelanggan setia mereka, mercedes-benz baru

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia mereka, Fiamma telah mengadakan peraduan ‘SPEND & WIN’. Bermula 1 Mac sehingga 31 Mei 2019, ELBA telah memberi hadiah-hadiah bernilai melebihi RM580,000.

elba hadiahkan pelanggan setia mereka, mercedes-benz baru

Antara semua peserta yang menyertai peraduan ‘SPEND & WIN’, 10 orang akan dipilih untuk cabutan bertuah. Salah seorang daripada mereka, akan berpeluang menang kereta Mercedes-Benz C200 Avantgarde. 9 peserta lain juga akan menerima telefon pintar Huawei.

elba hadiahkan pelanggan setia mereka, mercedes-benz baru

Sudah pasti ini cara terbaik untuk menghargai pelanggan!