Antara perkara yang dinanti-nantikan ialah pengumuman dividen tahunan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Pagi tadi, Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz telah pun mengumumkan jumlah dividen tahunan ASB iaitu sebanyak 4.25 sen seunit dan pembayaran khas ehsan 0.75 sen seunit.
Jumlah tersebut akan memanfaatkan 10.2 juta pemegang unit dan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan pula sebanyak RM7.6 bilion.
Selain itu, bersempena ulang tahun ASB yang ke-30, pihak PNB juga akan memberi pembayaran khas ehsan sebanyak 0.75 sen sehingga 30,000 unit pertama.
“Ia adalah tanda penghargaan kami kepada semua unit ASB yang terus setia bersama kami sepanjang 30 tahun dana ini diperkenalkan," katanya pada Majlis Pengumuman Jumlah Agihan Pendapatan secara maya pada Rabu.
Sumber: Astro Awani