Ada sesiapa belum bayar saman JPJ? Bukan apa JPJ umumkan diskaun 70 peratus untuk semua saman dan kompaunnya mulai 13 April 2021 kecuali kes dalam sebutan mahkamah. Ada faham?😊 Ni sempena ulang tahun ke-75 jabatan tu. Tempoh masa pulak JPJ bagi 2 bulan.
Ikut data JPJ ada 3.5 juta notis saman dan kompaun yang belum dibayar sejak 2010 sampai sekarang. Ha tu dia! Adakah kita antaranya? Baik
check cepat. Bukan senang nak dapat diskaun sampai 70 peratus!
Oh ya!
in case u missed it, diskaun saman trafik PDRM yang 50 peratus tu pun dilanjutkan sampai Khamis ni (15 April 2021). Bayar guna aplikasi MyBayar Saman je ya. Yang belum bayar tu cepat-cepat sikit. Barulah dapat menjalani ibadat puasa dengan tenang. Gituh! Insya-Allah 😊
Oleh: KJ
Sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, JPJ, PDRM & Internet