Darurat: Bukan Rampasan Kuasa, Bukan Darurat Perang & Bukan Perintah Berkurung

darurat: bukan rampasan kuasa, bukan darurat perang & bukan perintah berkurung

Semalam PKP 2.0 diumumkan dan hari ni satu lagi sejarah negara berlaku, DARURAT. 

Semuanya berawalan daripada gabungan ujian COVID-19, kemelut politik, bencana banjir yang menghibakan dan keadaan ekonomi…berat ujian untuk Malaysia…untuk kita semua kali ni. 

Berdasarkan pengumuman, darurat ni berlangsung sampai 1 Ogos 2021. 

Risau tu memang logik tapi janganlah terlalu bimbang sebab ada beberapa fakta yang antaranya boleh meredakan: 

Fakta:  

  • Darurat boleh ditamatkan lebih awal jika kes harian COVID-19 turun ke angka munasabah 
  • Parlimen & DUN tidak akan bersidang dalam tempoh ini 
  • PRU & PRK juga tidak akan diadakan 
  • Pilihan raya boleh diadakan sebaik sahaja jawatankuasa khas bebas memutuskan ia sesuai dilaksanakan 
  • Kerajaan & perkhidmatan awam terus beroperasi & berfungsi seperti biasa 
  • Aktiviti ekonomi terus beroperasi tertakluk kepada SOP PKP yang sedang berkuat kuasa 
  • Sepanjang tempoh darurat, jika YDPA merasakan ada keperluan maka baginda boleh memperkenankan ordinan darurat yang berkaitan 
  • Kerajaan boleh mendapatkan penglibatan lebih inklusif & akses perkhidmatan kesihatan swasta misalnya hospital & makmal ujian 
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperuntukan kuasa untuk bantu penguatkuasaan berkaitan kesihatan awam 
     

Oleh: KJ 

Sumber & foto: AWANI, Istana Negara, Sinar Harian, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro & Internet