Dah Boleh Pergi Sekolah Pakai Kasut Hitam Atau Putih Mulai 2021

dah boleh pergi sekolah pakai kasut hitam atau putih mulai 2021

Sedikit berita gembira buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Satu surat pekeliling dari Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa murid sekolah KPM boleh memilih untuk memakai kasut hitam ataupun putih mulai 2021.  

Surat bertarikh 7 Disember itu juga memaklumkan pemakaian stoking pula mengikut warna kasut yang dipakai seperti mana yang dinyatakan dalam perkara 3.1 & 3.2

“3.1 Kasut berwarna hitam hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam; atau

3.2 kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna putih.”- Nyata kenyataan itu.

KPM juga telah menetapkan bahan kasut yang dipakai diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik yang lain seperti nylon dan polyester.

Mulai tahun 2021, semua murid sekolah dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut berwana hitam atau putih serta...

Posted by Astro Radio News on Monday, December 7, 2020

Sumber: Astro Radio News