Cepat Daftar, Fasa 2 Vaksinasi COVID-19 Bermula 19 April Ini!

Pejam celik pejam celik, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Fasa 2 akan bermula 19 April ni. 

Rasa macam baru je program ni dilancarkan Februari lepas.

cepat daftar, fasa 2 vaksinasi covid-19 bermula 19 april ini!

Untuk fasa 2 ni, keutamaan akan diberikan kepada warga emas, golongan OKU dan kumpulan yang mempunyai penyakit kronik.

Mereka yang tersenarai akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS bermula 5 April ini atau 2 minggu sebelum tempoh suntikan.

cepat daftar, fasa 2 vaksinasi covid-19 bermula 19 april ini!

Tapi tula setakat kelmarin, hanya 2 juta daripada 9 juta golongan sasaran untuk fasa kedua yang sudah mendaftar.

Kalau tengok angka ni, ramai lagi sebenarnya yang belum mendaftar.

Tugas kita sekarang adalah untuk pastikan atuk, nenek, ibu, ayah, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat untuk mendaftar.

cepat daftar, fasa 2 vaksinasi covid-19 bermula 19 april ini! 

Macam-macam cara boleh digunakan untuk mendaftar antaranya melalui aplikasi MySejahtera, laman web rasmi, talian hotline dan di hospital dan klinik berdekatan.

Bagi yang duduk di pedalaman atau luar bandar, jangan risau, NADMA dan APM akan bergerak dari rumah ke rumah untuk laksanakan pendaftaran secara bersemuka.

Kerajaan faham, ada kawasan yang liputan internetnya rendah dan susah untuk bergerak ke klinik berdekatan untuk berdaftar.

Jangan kita berlengah lagi, daftar sekarang dan tunggu giliran masing-masing, ok!


Oleh: Izzati Amir