Dr Noor Hisyam Abdullah yang juga merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa buat masa ini masih belum ada bukti kukuh tentang keberkesanan terowong sanitasi.
Walaubagaimanapun, pihak KKM di bawah Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM) sedang menjalankan kajian bagi menguji keberhasilan alat tersebut.
"Setakat ini tiada bukti kukuh yang mengatakan terowong sanitasi ini berkesan (untuk menyahkuman).
Kita sedang melakukan kajian, dan berharap kita akan dapat datanya nanti," katanya di sidang media harian perkembangan COVID-19 petang tadi.
Sebelum ini terdapat beberapa pihak yang telah memasang terowong sanitasi di kawasan premis mereka sebagai salah satu cara untuk pencegahan menyahkuman.
Terowong sanitasi mudah alih tersebut akan menyembur cecair berkabus menggunakan bahan sanitasi kuman pada anggota badan individu yang melaluinya.
Sumber: Astro Awani