COVID-19: PRIHATIN- Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat, Dah Dapat Tu Gunakan Sebaiknya

covid-19: prihatin- bantuan kerajaan untuk rakyat, dah dapat tu gunakan sebaiknya

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Bantuan berjumlah RM 250 Billion ini meliputi semua pihak dan golongan bagi menghadapi situasi sukar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Melalui pakej ini, kerajaan menyalurkan RM 128 Billion kepada rakyat.

Bagi mereka yang isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah, korang akan menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600. Isi pendapatan rumah lebih RM 4,000 hingga RM 8,000 pula, korang layak menerima bantuan berjumlah RM1000.

 

Untuk korang yang bujang, berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah, korang layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM 800. Untuk mereka yang bujang, 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000, layak menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500.

 

Untuk korang yang masih belajar, jangan risau sebab kerajaan akan memperuntukkan RM 200 seorang kepada pelajar pengajian tinggi. So, gunalah sebaiknya ok?

Pakej PRIHATIN ini akan menaikan elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan dari RM 400 hingga ke RM 600. Bayaran ini akan bermula pada 1 April hinggalah wabak ini berakhir.

Selain itu, pihak kerajaan juga memberikan elaun khas kepada anggota tentera, polis, kastam, anggota pertahanan awam, RELA sebanyak RM 200 mulai 1 April 2020 hinggalah wabak ini berakhir.

Jadi, kalau korang dah dapat bantuan ni, gunalah sebaiknya. Jangan nak beli benda yang bukan-bukan sebab kita tak dapat nak jangka apa yang akan terjadi di masa depan.