COVID-19: Masjid India Kawasan PKPD Ke-5, Hulu Langat Tamat Hari Ini

covid-19: masjid india kawasan pkpd ke-5, hulu langat tamat hari ini

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengadakan sidang media bagi mengemaskini akan keselamatan negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam sidang media tersebut, beliau memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan Masjid India dan kawasan sekitarnya telah diwartakan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu. Ia akan bermula hari ini dan berakhir pada 28 April kelak.

“PKPD Masjid India melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.

“Semua penghuni kawasan yang terbabit diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Secara keseluruhannya, Masjid India merupakan tempat kelima sebagai kawasan yang diwartakan sebagai PKPD. Sebelum ini PKPD Hulu Langat, PKPD Simpang Renggam, PKPD Menara City One dan PKPD Bangunan Selangor Mansioan telah diwartakan terlebih dahulu.

Selain itu beliau turut memaklumkan bahawa PKPD Hulu Langat akan berakhir pada hari ini. Bagaimanapun, dua kawasan telah dikenal pasti iaitu Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui.

PKPD ditempat lain akan diteruskan seperti sebelum ini dan mengikut prosedur sebelum ini sehingg 28 April kelak.

Sumber: Astro Awani