COVID-19: Lagi 1,741 Kes Positif Baharu Dilaporkan, 7 Kematian Baharu Dicatatkan

covid-19: lagi 1,741 kes positif baharu dilaporkan, 7 kematian baharu dicatatkan

Angka kes positif harian kekal melebihi 1000 kes sehingga hari semalam. Lagi 1,741 kes positif baharu telah dilaporkan dan jumlah itu menjadikan 120,818 kes telah didaftarkan.

Daripada jumlah itu, 1,733 daripadanya merupakan kes tempatan dan lapan kes import. Kes sembuh pula mencapai 1,010 kes dan kumulatifnya sudah 98,228 kes telah diselesaikan.

KKM turut melaporkan jumlah kes aktif sebanyak 22,089 kes. Daripada jumlah itu 122 kes ditempatkan di ICU dan 53 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.

Selain itu, KKM juga turut melaporkan tujuh kematian baharu dan secara rasminya, angka kematian mencapai 501 kes.

Sumber: Instagram KKM