COVID-19: Lagi 156 Kes Positif Baharu Dilaporkan Menjadikan Kes Keseluruhan 4,119 Kes

covid-19: lagi 156 kes positif baharu dilaporkan menjadikan kes keseluruhan 4,119 kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru sahaja mengemaskini statistic COVID-19. Setakat ini 156 lagi kes positif baharu dilaporkan. Jumlah tersebut menjadikan 4,119 kes positif secara keseluruhan telah dicatatkan.

Dalam perkembangan yang lain pihak KKM telah berjaya menyelesaikan 166 kes baharu dan menjadikan jumlah kes adalah sebanyak 1,487 kes. Buat masa ini, 2567 kes masih lagi dirawat Daripada jumlah tersebut, 76 kes sedang berada di ICU dan 45 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Selain itu, 2 kes melibatkan kematian telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Maka, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 65 kes di Malaysia secara keseluruhannya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia