COVID-19: Lagi 1,247 Kes Positif COVID-19 Dan Tiga Kematian Baharu Dilaporkan

covid-19: lagi 1,247 kes positif covid-19 dan tiga kematian baharu dilaporkan

Setakat 25 Disember, kes positif baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 1,247kes. Daripada jumlah itu, 1,245 daripadanya merupakan kes tempatan dan dua kes import.

Selain itu, kematian baharu pula meningkat kepada 449 kes selepas KKM memaklumkan terdapat 3 kematian baharu yang dilaporkan akibat pandemik ini.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 mencecah 101,565 kees setakat semalam. Negeri Selangor terus menjadi penyumbang kes positif baharu tertingi dengan 461 kes, diikuti Sabah dengan 225 kes dan Johor 205 kes.

Tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Terengganu pula tidak melaporkan sebarang kes untuk hari ini.

 Sumber: KKM