COVID-19: Kita Ada Harapan, Hanya 69 Kes Positif Baharu Dilaporkan

covid-19: kita ada harapan, hanya 69 kes positif baharu dilaporkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini akan status COVID-19 di negara kita. Sedikit berita gembira buat rakyat Malaysia apabila jumlah kes positif turun dengan agak banyak.

Sehingga jam 12 tengah hari, hanya 69 kes positif baharu sahaja dilaporkan di seluruh Malaysia. Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencatatkan 5,251 kes positif sepanjang wabak ini mula tular.

Selain itu, kes jumlah sembuh juga turut mencatatkan peningkatan apabila KKM berjaya menyelesaikan 201 kes dalam masa sehari. Secara keseluruhannya, 2,967 kes telah berjaya diselesaikan oleh pihak KKM. Tahniah dan terima kasih KKM!

Dalam perkembangan yang lain pula, terdapat dua kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencatatkan 86 kes kematian semenjak wabak ini mula tular.

Sumber: KKM