COVID-19: Kit Ujian Pantas Baharu Tak Perlu Hantar Ke Makmal

covid-19: kit ujian pantas baharu tak perlu hantar ke makmal

Pihak KKM dijangka akan menggunakan kit ujian pantas baharu daripada Korea Selatan. Untuk kit ujian pantas antigen ini, sampel yang diambil tidak perlu dihantar ke 43 makmal untuk melakukan ujian saringan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hanya kabinet keselamatan bio sahaja yang diperlukan. Maka, ujian boleh dijalankan di tempat saringan diadakan sama ada di klinik atau hospital.

"Sifat sensitif yang kita cari (untuk ujian cepat) ialah 84.4 peratus, dan spesifik untuk ujian itu ialah 100 peratus," katanya pada sidang media harian COVID-19, pada Khamis.

Kit ujian pantas antigen tersebut akan digunakan bagi menguji orang ramai. Bagaimanapun, ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) di makmal tetap dijalankan bagi menguji kes yang meragukan.

Diharapkan kit ni akan membantu mempercepatkan proses saringan dan akhirnya memecah segala rantaian COVID-19.

Sumber: Astro Awani