COVID-19: Kes Positif Terus Menurun Sehingga 54 Kes Sahaja Dilaporkan

covid-19: kes positif terus menurun sehingga 54 kes sahaja dilaporkan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini status COVID-19 di seluruh negara. Sedikit berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila kes positif baharu terus menurun.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, hanya 54 kes positif baharu yang dilaporkan. Maka, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5,305 kes di seluruh Malaysia.

Selain itu, kes sembuh pula adalah sebanyak 135 kes. Maka, secara kumulatifnya KKM telah berjaya menyelsaikan 3,102 kes semenjak wabak ini mula tular di negara kita. Daripada jumlah itu 2,115 kes masih lagi aktif dirawat di hospital.

Dalam perkembangan yang lain pula, dua kematian baharu telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Dengan jumlah tersebut, 88 kes melibatkan kematian telah dicatatkan sehingga hari ini.

Sumber: KKM