COVID-19: Kes Positif Kembali Menurun Namun Masih Melebihi 1000 Kes

covid-19: kes positif kembali menurun namun masih melebihi 1000 kes

Selepas dua hari angka kes positif COVID-19 harian mencecah 2,000 lebih kes, hari ini jumlah kes agak menurun. Bagaimanapun, jumlah kes positif harian masih lagi melebihi angka 1,000.

Setakat 24 Disember, kes positif baharu yang dilaporkan adalah sebanyak 1,348 kes. Daripada jumlah itu, 1,332 daripadanya merupakan kes tempatan dan 16 kes import.

Selain itu, kematian baharu pula meningkat kepada 444 kes selepas KKM memaklumkan terdapat 5 kematian baharu yang dilaporkan akibat pandemik ini.

Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 menghampiri 100,000 kes. Setakat semalam, negara kita sudah mencatatkan 98,737 kes semenjak pandemik ini mula tular.

Sumber: KKM